Tahukah Anda 4 Cara Tidur Ini Boleh Menyebabkan Berat Badan Naik?


Pernah tak korang dah cuba diet dan jaga pemakanan sebaik mungkin tapi tetap tak kurus? Haaa mesti ada kesilapan besar yang korang buat! Untuk pengetahuan semua, tidur juga mempengaruhi kenaikan berat badan. Disebabkan itu, kita semua kena cukup tidur 8 jam satu hari dan adakah tidur lambat sememangnya mempengaruhi berat badan? Jom baca ni:

Tidur lewat atau tidak teratur

Jangan amalkan tidur lewat kalau nak kurus. Kebiasaan orang akan tidur lewat dengan mengisi aktiviti yang tidak sihat pada tengah malam seperti permainan video, melepak, menonton cerita dan sebagainya.

Menurut kajian, orang yang kurang tidur akan menyebabkan dia mengambil lebih banyak kalori di tengah malam. Ini akan membuatkan anda jadi gemuk dengan cepat.

Kualiti tidur rendah

kualiti tidur yang rendah ini kembiasannya seseorang itu tertekan, stress atau mungkin terganggu disebabkan beberapa kes kecemasan . Nak kualiti tidur yang berkualiti, individu harus bersenam  atau meditasi.

Makan sebelum tidur

Ini pantang larang yang wajib dielakkan! Makan sebelum tidur sangat tidak elok dan individu sepatutnya tidak boleh tidur selepas makan dan kena tunggu 4 jam selepas makan baru boleh tido. Kalau lapar sangat, ambil je segelas susu atai malt coklat serta beberapa biji kurma untuk dimakan.

Makanan ini bukan untuk mengenyangkan tapi untuk menahan perut dari lapar.

Bangun lewat

Ya, bangun lewat akan menggemukkan anda. Bangun lewat akan meletakkan diri anda berasa lapar 2 kali ganda dari biasa, Ini akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi kesimpulannya, tidur awal dan bangu tepat pada waktu yang sepatutnya.

Jadi, amalkan bangun pagi dan jangan sesekali sambung tidur. Bangun tidur buat sedikit senaman ringan okay. 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==