Kenapa Jururawat Di Malaysia Dipanggil Misi? Jom Baca Asal-Usul Bagaimana Wujudnya Panggilan Misi Ini


Panggilan misi kepada jururawat bukanlah asing bagi sesetengah tempat di Malaysia, panggil berkenaan menjadi panggila mesra antara orang awam dan jururawat.

Sudah pasti ada kisahnya tersendiri panggilan ini wujud, bukan baru bahkan ia merupakan panggilan sejak dahulu lagi.

Jom kita baca perkongsian Page Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia ini, Asal usul panggilan Misi.

ASAL-USUL PANGGILAN MISI

Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa seorang jururawat secara umumnya dipanggil atau dikenali sebagai 'Misi' oleh orang ramai. Bukan sahaja di luar bandar malah di bandar sekalipun jururawat tetap dipanggil 'Misi'.

Menurut seorang pesara jururawat , Anne Frances , tiada siapa yang betul-betul tahu dari mana asal-usulnya panggilan 'Misi' di dalam profesion kejururawatan tempatan atau kenapa jururawat dikenali sebagai 'Misi' .

Di Malaysia panggilan 'Misi' terhadap seorang jururawat mungkin muncul pada zaman penjajahan oleh pihak British.

Dalam Bahasa Inggeris, 'Missy' ialah panggilan terhadap wanita muda atau anak gadis. Pada zaman kolonial, doktor British akan memanggil jururawat muda sebagai 'Missy'. Ia satu cara yang sopan bagi menyapa seorang jururawat yang anda tidak tahu namanya.

Jadi di hospital ketika itu, adalah perkara biasa bagi kita memanggil jururawat sebagai 'Missy' tidak kira siapa namanya yang sebenar.

Penduduk tempatan termasuk masyarakat Melayu kemudian menjadi serasi dengan panggilan ini yang kemudian bertukar menjadi 'Misi' sehinggalah ke hari ini.

Sumber: Siakapkeli
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==