Seorang Gelandangan Datang Ke Sebuah Kafe Untuk Minta Duit. Tetapi Pemilik Tawarkan Kerja !!!


Pada Mac 2016, seorang gelandangan mencari pekerjaan dan singgah ke sebuah kedai makanan, Abi’s Café, di Minneapolis, Minnesota. Apabila berjumpa dengan pemilik restoran itu, gelandangan ini meminta duit kepadanya.

Pemilik restoran tersebut, Cesia Abigail bertanya kepadanya, “Kenapa awak tidak mahu bekerja?” Jawab gelandangan itu, “Tiada siapa yang pernah menawarkan kerja kepada saya sebelum ini.”

Gelandangan ini bernama Marcus. Dia menjelaskan kepada Cesia yang dia sangat memerlukan pekerjaan. Dia turut mengaku bahawa dirinya mempunyai rekod jenayah lampau yang menyukarkan dirinya untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi meneruskan kehidupan, Marcus terpaksa mencuri dan memeras ugut hanya untuk mendapatkan makanan.

Walaupun mendengar cerita itu, Cesia tidak memandang serong kepada Marcus malah mengupah gelandangan tersebut untuk bekerja di restoran berkenaan.


Cesia merupakan seorang wanita 20-an yang mempunyai sebuah restoran di Minneapolis, Minnesota iaitu Abi’s Café.

Cesia juga menghadapi masalah. Beliau sedang berusaha untuk mempertahankan restoran miliknya yang bercirikan El Salvador itu. Cesia sangat penat setelah bekerja lebih masa dan dibayar pula gaji yang kurang.

Disebabkan itu, Cesia juga tidak mampu memberikan wang kepada Marcus pada masa itu tetapi memberi pekerjaan kepada Marcus.

Kebetulan pula, hari itu restorannya kekurangan pekerja.

Tanpa berfikir panjang dengan senyum yang lebar, Marcus bersetuju dan berkata, “Saya sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan makanan”

Kini, Marcus sudah bekerja selama dua minggu dan amat komited terhadap pekerjaannya. Marcus akan membuang sampah, membasuh pinggan, dan pelbagai tugasan lain dilakukannya.


Apabila Cesia membayar gaji kepadanya, beliau terkejut apabila Marcus membeli makanan di restoran itu sendiri sebagai tanda sokongan dan bagi membalas jasa Cesia.

Peristiwa itu membawa perubahan yang besar dalam hidup Marcus. Ternyata, sejahat-jahat manusia jika diberi peluang mereka juga boleh berubah. Menurut Cesia, beliau pernah ternampak Marcus membeli sekeping sandwic dan berkongsi dengan seorang gelandangan yang lain.

Tindakan itu turut memberi pengajaran kepada Cesia, beliau berkata dalam laman Facebooknya, “Kalau Tuhan boleh merahmati kita, mengapa kita tidak merahmati orang lain?”
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==